NARATHIWAT: Seorang anggota polis maut manakala seorang lagi cedera parah dalam insiden letupan bom di daerah Waeng di Narathiwat pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Waeng, Kolonel Somjai Singkliang berkata kejadian berlaku kira-kira 10.45 pagi (waktu tempatan) ketika enam anggota polis sedang melakukan rondaan bermotosikal di Sungai Golok dengan dengan sempadan Bukit Bunga, Kelantan.
"Sebutir bom buatan sendiri dipasang pada tong gas dan ditanam di tepi jalan meletup setelah diaktifkan menggunakan walkie-talkie. Dua daripada enam anggota polis yang melakukan rondaan itu cedera parah dan dikejarkan ke hospital. Seorang anggota polis meninggal dunia di Hospital Waeng," katanya.
Sementara itu, lapan anggota polis yang baru selesai melakukan rondaan cedera dalam insiden letupan bom di Saiburi, Pattani pada Rabu.
Dalam kejadian kira-kira 10.50 malam (waktu tempatan) , Ketua Polis Bahagian Siasatan Jenayah Saiburi, Mejar Phawich Krajangsi berkata seramai 11 anggota polis menaiki dua buah kenderaan dalam perjalanan pulang ke Balai Polis Saiburi.
"Sebutir bom buatan sendiri yang dipasang pada tiang eletkrik di tepi jalan telah diaktifkan dan meletup ketika kedua-dua kenderaan itu melalui tempat kejadian. Lapan daripada 11 anggota polis itu mengalami kecederaan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata kesemua mangsa yang cedera dirawat di Hospital Pattani.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 20 2023
Kejadian berlaku kira-kira 10.45 pagi (waktu tempatan) ketika enam anggota polis sedang melakukan rondaan bermotosikal di Sungai Golok dengan dengan sempadan Bukit Bunga, Kelantan. - Gambar fail/Astro AWANI
Hubungan kukuh Malaysia-China sangat istimewa - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan hubungan kukuh dua hala Malaysia dan China yang terjalin sejak 50 tahun lepas adalah sangat istimewa.
PTVM harap ekosistem kondusif bagi industri kandungan televisyen
Industri kandungan perlu dibentuk dengan lebih berstruktur bagi memastikan daya saing dan kemampuan menarik pihak korporat untuk melabur.
Angin kencang runtuhkan pentas politik di Mexico
Sebuah pentas perhimpunan kempen pilihan raya Mexico runtuh pada Rabu, menyebabkan 9 majut dan berpuluh lagi cedera susulan angin kencang
Perjalanan terakhir: Ebrahim Raisi dikebumikan di bandar suci Mashhad
Presiden Ebrahim Raisi dikebumikan di bandar suci Iran, Mashhad pada Khamis.
Protes universiti: Pelajar Harvard tamat pengajian protes untuk Gaza
Polis Britain menahan 16 individu kerana disyaki melakukan pencerobohan di Universiti Oxford pada Khamis, selepas penunjuk perasaan pro-Palestin mengadakan protes di pejabat naib canselor universiti.
Kekejaman zionis: Israel membedil stor milik kementerian, 12 terbunuh
Sejumlah 12 rakyat Palestin terbunuh apabila tentera Israel membedil sebuah stor milik kementerian kebajikan di timur bandar Deir Al-Balah di tengah Semenanjung Gaza pada Khamis.
Kekejaman zionis: PBB sambung semula bantuan melalui jeti di Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyambung semula pengangkutan bantuan kemanusiaan yang tiba di jeti binaan Amerika Syarikat di luar pantai Semenanjung Gaza.
Industri landskap sasar sumbang 3.5 peratus KDNK menjelang 2035
Sasaran itu bakal disusuli dengan beberapa pelan tindakan melalui Blue Print Industry Landscape.
Kekejaman zionis: Keputusan Mahkamah Dunia mengenai serangan Rafah hari ini
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) akan membuat keputusan pada Jumaat, mengenai permintaan Afrika Selatan untuk memerintahkan penghentian serangan Israel di Rafah, Gaza.
“Makkah Route Initiative” permudahkan urusan bagasi, perjalanan jemaah haji Malaysia
Jemaah haji Malaysia mendapat manfaat besar daripada "Makkah Route Initiative" yang kini memasuki tahun keenam.
Seorang maut, 13 cedera dalam dua letupan bom di Narathiwat
Seorang maut dan 13 termasuk seorang anggota polis cedera dalam dua letupan bom di Daerah Jok Irong dan Sukhirin di Narathiwat, selatan Thailand, pagi tadi.
Letupan bom Narathiwat: Ibu mengandung antara dua rakyat berdepan detik cemas
Dua rakyat Malaysia antara empat individu yang cedera dalam satu letupan bom di Narathiwat, yang berlaku pada 9.35 malam.
Semua laluan Malaysia-Thai di daerah Tak Bai, Sungai Golok, Weng ditutup sementara
Jalan ke Sungai Golok dari daerah Tak Bai ditutup untuk pemeriksaan selepas skuad pemusnah bom menemukan paku bertaburan di jalan raya.
Letupan bom Sungai Golok: PDRM tingkat kawalan keselamatan sempadan Malaysia-Thailand
PDRM mempertingkatkan kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden letupan bom dan bunyi tembakan di Sungai Golok.
Letupan bom Sungai Golok: Penduduk Rantau Panjang turut rasai gegaran
Selain letupan seorang saksi mendakwa turut mendengar insiden berbalas tembakan di kawasan berkenaan.
8 maut, 20 cedera dalam letupan bom di Syria
Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dan lebih 20 cedera dalam letupan bom di bandar Azaz, utara Syria, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Dua maut, tiga cedera dalam letupan bom di Narathiwat
Kejadian berlaku pada petang Ahad ketika lima anggota sukarelawan pertahanan dalam perjalanan ke Pejabat Pentadbiran Mukim.
28 maut dalam dua letupan menjelang pilihan raya Pakistan
Letupan pertama ragut 16 nyawa di Pishin, manakala letupan kedua di Qila Saifullah pula menyebabkan 12 orang maut.
Tujuh polis cedera dalam insiden letupan bom, berbalas tembakan di Tak Bai
Satu letupan bom berlaku di depan sebuah kedai emas, kira-kira pukul 1.30 pagi (waktu tempatan).
Dua penyerang bunuh diri letupkan diri di hadapan bangunan kerajaan
Kumpulan miltan Kurdish mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.